Kehidupan peribadi Mohamed_Nurhakim_Zaidon

Beliau pernah berumah tangga dengan pelakon Arbaiyah Abdul Manan (Abby Abadi) dan mempunyai tiga orang anak iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Kedua-dua pasangan ini pernah bercerai pada April 2006 akibat tekanan dalam rumah tangga namun demi kebahagiaan anak-anak, mereka berdua bertaut kembali. Penceraian Norman dan Abby ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Farahdhiya, namun kepastiannya tidak dapat disahihkan.[7][8]

Pada tahun 2009, Norman telah dilanda kemurungan. Beliau beribadat hampir setiap hari di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Pada suatu ketika, beliau didatangi seorang lelaki. Lelaki tersebut yang menyedari tangisan beliau menanyakan sebabnya. Selepas memberi pengakuan mengenai kekecewaan beliau terhadap kehidupannya, lelaki tersebut memberikannya sepotong ayat al-Quran untuk dijadikan amalan. Peristiwa tersebut telah menyebabkan beliau lebih dekat dengan agama Islam.[9] Norman dan Abby bersanding kali kedua pada 25 September 2017.[10][11]

Pernikahan dengan Memey

Sekali lafaz sahaja, Memey Suhaiza (lahir Suhaiza Suhaimi) sah menjadi isteri kepada Norman. Mereka dinikahkan di rumah Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 Kota Tinggi Johor pada pukul 5.10 petang Sabtu 24 September 2011.[12][sumber tak boleh dipercayai?]